Login or register to see your saved jobs and receive scout emails
Login or register to find a job
Job ID : 1460488 Date Updated : November 18th, 2024
Connecting Japan + Malaysia

Marketer Bahasa Melayu

Hiring Company ZenGroup Inc.
Location Osaka Prefecture, Osaka-shi Chuo-ku
Job Type Permanent Full-time
Salary 3 million yen ~ Negotiable, based on experience

Work Style

Casual Clothing Side Business Ok Minimal Overtime Flex Time

Job Description

<Tentang Kami> 

◆Siapa kami? 
Kami adalah ZenGroup, sebuah syarikat E-dagang global yang berpusat di Osaka dan platform kami digunakan oleh pelanggan dari seluruh dunia. Pasukan kami terdiri daripada 30 warganegara, dari 6 benua, dan kami menyediakan perkhidmatan dalam 19 bahasa. 

Apa yang kami lakukan? 
・Melalui platform pembelian proksi kami di ZenMarket, kami menghubungkan Jepun dengan seluruh dunia dengan menyediakan pasaran dalam 19 bahasa untuk masyarakat luar Jepun yang mahu menikmati produk dari Jepun. 
・Melalui perkhidmatan ZenPop kami, kami menawarkan langganan untuk kotak yang telah dihias cantik dan dipenuhi dengan makanan ringan, alat tulis, dan produk menarik lain dari Jepun ke seluruh dunia. 
・Untuk pihak dari Jepun yang sedang mencari peluang untuk menceburkan jenama mereka di dunia E-dagang antarabangsa, kami menyediakan ZenPlus EC-Mall di mana mereka boleh pasarkan produk mereka ke pelanggan dari seluruh negara. 
・Syarikat-syarikat Jepun yang mencari jalan penyelesaian untuk meningkatkan kualiti strategi pengiklanan mereka ke pasaran antarabangsa boleh menggunakan ZenPromo, iaitu perkhidmatan perundingan pengiklanan kami. 

Mengapa kami perlukan anda? 
Seiring dengan pertumbuhan baik pasukan marketing kami sepanjang tahun yang lepas, kini kami sedang mencari seorang marketer rakyat Malaysia yang berbakat untuk menguatkan lagi kehadiran kami dalam pasaran Malaysia. Antara tugas anda adalah untuk mengembangkan jangkauan kami dalam Malaysia melalui strategi pemasaran digital marketing. Dalam jangka masa yang panjang, anda akan berkolaborasi dengan unit bahasa Inggeris kami untuk membina dan menguruskani kempen pemasaran bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di negara lain yang menggunakan bahasa Inggeris.

 
◆Nama dan Pangkat 

・Marketer Bahasa Melayu

◆Tugas 
・Content Marketing 
・Analisis Data 
・Email Marketing 
・Pengiklanan Digital 
・Menguruskan akaun SNS

Contoh rutin harian di tempat kerja 
9-10 Pagi: Bancuh kopi, tegur rakan sekerja, periksa mesej. 
10-12 Catch-up: Melihat dan membalas emel, bekerjasama dengan team member. 11-12 Blog: Membuat rujukan untuk tema blog, dan membuat blog serta artikel.
12-13 Rehat tengahari. 
13-14 Data Review: Periksa KPIs dan data analitik, memperbaiki idea, dan menyediakan topik baharu untuk mesyuarat seterusnya. 
15-17 Focus Time: Mencari idea baru, menjadualkan post di sosial media, membuat content, menghubungi influencers, dan menguruskan kempen. 
17-18 Warm-up: Periksa emel, buat pemeriksaan akhir tugas yang berkaitan dengan team member lain, dan habiskan tugas-tugas yang tersisa.

General Requirements

Minimum Experience Level Over 1 year
Career Level Mid Career
Minimum English Level Native
Minimum Japanese Level None
Other Language Malay - Native
Minimum Education Level Bachelor's Degree
Visa Status Permission to work in Japan required

Required Skills

<Siapa yang kami perlukan> 
◆Personaliti 
・Individu yang teliti 
・Mempunyai kemahiran tinggi dalam berkomunikasi dan penulisan 
・Mempunyai inisiatif tersendiri dan suka meningkatkan kemahiran sendiri 

◆Kemahiran yang diperlukan 
・Bahasa Melayu (Native) 
・Bahasa Inggeris 

◆Skill yang dialu-alukan 
・Pengalaman dalam Digital Marketing 
・Pengalaman dalam Copywriting 
・Pengalaman menguruskan SNS 
・Pengalaman dalam PPC (GDN, Meta Ads, yang lain-lain) 
・Pengalaman menulis blog

◆Jenis Pekerjaan 
・Tetap (Sepenuh Masa)

◆Waktu Bekerja 
・9:15 ~ 18:15 
→Cuti dua hari seminggu. 
Cuti pada awal dan akhir tahun. 
26 hari cuti bergaji setiap tahun (Meningkat setiap tahun pekerjaan) 

◆Gaji 
・Bulanan (Berdasarkan pengalaman dan kemahiran) 
・Bonus dua kali setahun (Jun and Disember) 

◆Faedah 
・Kenaikan gaji setahun sekali 
・Elaun pengangkutan (Maksimum 30,000 Yen sebulan) 
・Bayaran OT (Dibayar setiap minit) 
・Insurans pekerjaan, Insurans Kesihatan, Insurans Kemalangan 
・Pakaian kasual(Tidak perlu memakai sut)

Job Location

  • Osaka Prefecture, Osaka-shi Chuo-ku
  • Sakaisuji Line Station

Work Conditions

Job Type Permanent Full-time
Salary 3 million yen ~ Negotiable, based on experience
Salary Bonuses Bonuses included in indicated salary.
Industry Internet, Web Services

Job Category

  • Marketing and Product Development > Sales Promotion, Marketing Planning
  • Marketing and Product Development > Marketing Planning, Web Planning
  • Marketing and Product Development > Web, Digital Marketing
  • Marketing and Product Development > Marketing Research, Analysis
  • Marketing and Product Development > Other (Marketing and Product Development)

Company Details

Company Type Large Company (more than 300 employees)
Non-Japanese Ratio Majority Non-Japanese